Sunday, 28 February 2016

Pelangi sehabis hujan

""Andai hari ini kita mengalami pencubaan-pencubaan yang membuatkan kita terjatuh..
Andai hari ini kita menangis kerana dihantui oleh masa lalu..
Andai hari ini kita susah dan seperti tidak ada yang menyambut tanganmu..
Andai hari ini kita menghadapi masalah sama ada hal itu disebabkan oleh kelemahan diri kita atau kekurangan dalam hidup..
Andai hari ini kita mengalami penolakan..
Andai hari ini kita gagal dalam mendapatkan sesuatu yang sangat kita perlukan.
Dan andai hari ini kita sukar untuk mengukir senyuman..

Pastinya ada hari dimana kita merasakan hal-hal seperti itu. Mungkin kita menangis seorang diri di bilik, atau mungkin juga kita membenci diri sendiri saat hal seperti ini berlaku. Mungkin juga kita berfikir bahawa ini bukan salah kita dan kita mula menuding jari kepada orang lain.
 
 1 Korintus 10 : 13  Pencubaan-pencubaan yang kamu alami ialah pencubaan-pencubaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan kerana itu Ia tidak akan membiarkan kamu dicubai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicubai Ia akan memberikan kepadamu jalan keluar, sehingga kamu dapat menanggungnya.

Filipi 3 : 13b Aku melupakan apa yang telah di belakangku dan mengarahkan diri kepada apa yang ada di hadapanku.

Apapun yang berlaku di dalam hidupmu, masih ada yang prihatin. Masih ada yang mendengarmu. Masih ada yang mahu mengerti engkau. Masih ada yang menyayangimu. Bahkan Dia sanggup menyapu air matamu. Apa yang harus kita lakukan adalah datang kepadaNya, sujud menyembah dikakiNya dan berserulah memanggilNya.


     ORANG PERCAYA :
          Orang yang berani menghadapi masalah yang ditakutkan.
          Orang yang berani mengatasi apa yang dikhuatirkan.
          Orang yang SEDAR TUHAN MENYERTAINYA.

Oleh itu, bertindaklah dengan lebih berani. Sekalipun ada yang cuba menjatuhkanmu lagi, berusahalah selalu untuk bangkit kerana bangkit sentiasa menjadi pilihan yang baik berbanding putus asa.

Kalau ada yang menyakiti hatimu, kasihlah dia.
Kalau ada yang menghakimi hidupmu, ampunilah dia.
Jangan pernah tanam kebencian dalam hati kerana kebencian hanya menambahkan luka di hati.""

 Dalam keadaan seperti apapun aku hari ini
 Aku tahu bahwa Engkau
Bapa yang selalu memberi saat aku meminta,
Bapa yang selalu membukakan pintu saat aku mengetuk
Bapa yang punya rancangan terbaik bagi diriku
~ Franky Sihombing (Kasih yang sempurna)

Tuhan memberkati.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.