Ingin kulakar impian dilangit biru
Namun tersekat di antara jerebu
Yang berlegar-legar
Diruang udara
Kususuri sungai itu
Tiada lagi kedinginan mata air
Tiada lagi derasan air sungai mengalir
Terhalang oleh sampah sarap
Gegendang telinga kusakit
Kutoleh ke arah bunyi itu
Di sana deruman kereta
Di situ kilang dan di sini pembinaan
Inikah kemodenan yang dibanggakan?
Ingin kuhirup udara segar
Di mana harus kucari?
Merata ruang karbon dioksida
Aku menangis di suatu sudut
Aku mahu hidup lama
Aku perlukan oksigen!
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.