Sejarah
menceritakan bahawa Kg. Simpang Entilibon sememangnya telah wujud sejak 100 tahun
dahulu, tetapi ditinggalkan kerana berlakunya penyakit “Kojooh” ataupun
dikenali sebagai penyakit taun (kolera) pada masa ini. Oleh kerana serangan
penyakit tersebut menyebabkan ramai penduduk ini telah berhijrah ke kawasan
berhampiran Sungai Keramuak dan selebihnya ke Telupid.
Pada Tahun 1968, seorang pemuda
(dikenali sebagai budak pemburu pada ketika itu) bernama Katim Bin Juini dari
Kg. Kukulau memburu di Kg. Nopogun Ulu Sungai Keramuak atau Sungai Lamba (pada
masa ini dikenali sebagai Kampung Kironggu) mendapati kawasan ini sangat sesuai
dijadikan kawasan pertanian.
KK Lamba Lumangkup pada masa
itu tinggal di Kg. Lolou Kapuk dan penduduk yang lain tinggal di Kg. Livatung
Pauh (pada masa ini dikenali sebagai Kampung Bobotong). Pada tahun 1968, En.
Katim Bin Juini bersama Gembala Pawi @ Mabin telah meninjau buat kali
kedua di kawasan Kg. Entilibon dan
mendapati sememangnya kawasan ini sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian
dan dijadikan kawasan perkampungan. Kemudian pada tahun 1969, En. Katim Bin
Juini dan Gembala Pawi @ Mabin beserta beberapa lagi orang mengambil keputusan
untuk berpindah ke lokasi kajian dan meninggalkan Kg. Kukulau, diikuti oleh Kg.
Ansong, Kg. Titimbang dan Kg. Mananam.
Migrasi atau perpindahan berlaku
pada ketika itu membolehkan penduduk-penduduk datang ke Kg. Entilibon iaitu
dari Kg. Kukulau, Kg. Lalampas (Government Primary School, Lalampas) Kg.
Ansong, Kg. Titimbang ulu sungai Tongod malah juga dari Kg. Kiau, Kota Belud
yang diketuai oleh Gembala Singkui seterusnya dari Kota Marudu.
Dari
segi sosialnya, suku kaum majoriti di kampung ini adalah Dusun Minokok.Dari
segi latar belakang dan perkembangan pendidikan pula, penduduk Kg. Simpang pada
setakat ini memiliki seramai 50 orang pemegang Ijazah Sarjana dalam pelbagai
bidang, tidak kurang juga penduduk yang berkelulusan Diploma dan Sijil
Kemahiran dalam bidang masing-masing. Dari segi ekonomi pula, adalah
dianggarkan purata jumlah pendapatan tahunan adalah sebanyak RM1.5 juta.
Berikut merupakan kemudahan-kemudahan
yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta yang terdapat di lokasi
kajian:
- Klinik Desa
- Sub Klinik Malaria
- Perpustakaan Desa
- Pejabat LIGS
- Dewan
- Tabika KEMAS
- Air Paip Graviti
- Gereja (S.I.B)
- Gerai Majlis Daerah
- Pusat Pengumpulan Buah Kelapa Sawit (Syarikat Istisafa Sdn. Bhd.)
- Padang Bola
- Gelanggang Serbaguna
- Menara Celcom
- Pejabat Perhubungan UPKO N47 Kuamut
- Astaka
- Pusat E-Desa
- Cadangan Pusat Jalur Lebar
- Bekalan Elektrik 24 Jam (SESB Telupid)
- Gerai Tamu
- Pondok Perhentian Bas
- Tandas Awam.
Kampung Simpang Entilibon terletak di
Daerah Tongod dengan jumlah penduduk pada masa ini adalah seramai 1500
orang yang mana lelaki seramai 764 orang
dan wanita seramai 736 orang. Kegiatan utama penduduk kampung ialah pertanian
seperti menanam padi, getah dan kelapa sawit.
Sumber : En.Samun Bin Unau. SEJARAH KG. SIMPANG ENTILIBON. Buku sejarah Kg.
Sumber : En.Samun Bin Unau. SEJARAH KG. SIMPANG ENTILIBON. Buku sejarah Kg.
Sejahtera Simpang Entilibon. Tahun 2008. (tidak
diterbitkan)



No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.